Tuesday, February 8, 2011

Me and my Balqisdz

Siapa Balqisdz?
          Satu ketika dulu,saya amat gemar mempunyai nama-nama samaran.Macam-macamlah nama yang saya ada,ibarat menyamarlah kononnya.Namun,antara banyak-banyak nama yang saya guna,saya amat gemar dengan nama Azie Nur Iman.Nama itu saya gunakan sepanjang waktu persekolahan saya.Semua buku-buku saya,saya tulis dengan nama itu.Mungkin juga trend pada zaman itu,kami gemar menggunakan nama samara pada buku sendiri.Nama ini juga banyak mencatatkan memori yang sangat manis untuk saya kenang hingga ke saat ini.Ada seorang sahabat yang sangat kreatif tulisannya,gemar melakarkan nama saya itu di kebanyakkan buku-buku dan fail saya.
(gambarnya saja yg tinggal)
 
Tulisan dia sangat cantik,bersulamkan kata-kata peransang yang saya pegang hingga ke saat ini.Di samping itu juga dia gemar melukiskan gambar seorang budak lelaki,rambutnya ala-ala Naruto,berseluar Bermuda paras lutut,tangan dalam poket,kemeja yang tak berbutang,T-shirt di dalam,beg selepang,dan ada gitar di belakang.Tidak dapat membaca maksud yang tersirat disebalik lukisan itu.Penuh rahsia tetapi malangnya saya tidak pernah mempersoalkan atau bertanyakan tentang maksud di sebalik lakaran itu.  Ohhhh….masih terbayang lagi gambar itu walaupun sudah 21 tahun berlalu.Manakan tidak,pantang ketiadaan guru,pasti buku saya akan jadi mangsa ‘contengan’nya.Saya amat hargai lukisannya itu,namun,jarak waktu dan keadaan menyebabkan ianya lenyap ditelan arus masa.Cuma ada satu saja yang saya dapat simpan dan menjadi peneman dan penguat semangat saya sewaktu di maktab.


 Ianya sentiasa bersama saya hinggalah satu ketika ianya tak dapat diselamatkan kerana rumah saya banjir.Punah dan hancur……namun saya terima itu,sebagai satu isyarat,mungkin saya perlu melupakannya bagi menjalani fasa kehidupan yang baru.Ketika itu juga saya berjumpa orang yang dapat mengubat kerinduan hati saya.Dia menjadi penyelamat.Dia menjadi tulang belakang saya yang baru.Dia menjadi ubat kuat saya.Maka dari situ jugalah saya dapat rasakan yang saya perlu melepaskan nama Azie Nur Iman ke awan biru….biar dia melara mencari damai dihati…..kerana saya perlu melupakan perkara yang mungkin tidak akan menjadi kenyataan.



Maka DZ lah kekuatan saya yang baru. DZ adalah masa lalu dan masa depan saya.DZ adalah orang-orang yang sentiasa dalam hati saya..Merekalah semangat saya.Merekalah kegembiraan saya walaupun kadang-kadang,dia juga kedukaan saya.Lumrah  hidup,suka duka pahit maung diharungi bersama.Realiti dan fantasi silih berganti hinggalah Balqis pula muncul dalam hidup saya.



Dialah anugerah yang tak ternilai bagi saya. Dia jugalah penguat semangat saya sekarang.Dan kini saya rasa semakin kuat dan perlu sentiasa kuat untuk menghadapi kehidupan yang mendatang.Balqisdz lah tulang belakang saya. Balqisdzlah insan-insan yang sentiasa ada di dalam hati saya.Balqisdz akan sentiasa memegang kata-kata ~ ‘ KEGAGALAN BUKAN SELAMA-LAMANYA…’

No comments:

Post a Comment