Saturday, January 22, 2011

You'll never walk alone

Rasanya dah lama tak mengikuti perkembangan pasukan ini.Bukanlah fanatik sangat,tapi sejak sekolah lagi pasukan ini memang menjadi kegemaran disaat org lain memuja MU.Waktu itu,ramai jugalah nama-nama pemain yg boleh di hafal.Yang pasti waktu itu pemain pujaan tentunya Ian Rush dan Kenny Daglish.Namun masa berlalu dan pasukan ini pun semakin suram tanpa kelibat pemain2 yang boleh dibanggakan.Banyak perlawanannya diakhiri dengan kekalahan,maka namanya pun terus tenggelam dek ombak tsunami yang di bawa oleh pasukan MU.MU terus mengumpul ramai peminat.Ramai jugalah yang mula beralih arah,dan mungkin rasanya sesiapa yg tak menyokong MU,memang tak berani nak bersuara.Tapi saya rasa,mungkin selepas ini kita akan bangkit semula,dengan pengurusan yang baru oleh King Kenny,dengan adanya Fernando Torres,semuanya akan berubah.Jadi,kepada peminat-peminat Liverpool,we should say ~ 'You'll never walk alone' to our team.he he..Jangan marah penyokong MU.

No comments:

Post a Comment