Thursday, March 31, 2011

Me and my beautiful Balqis.............


Me and my beautiful Balqis……..
                                              


            Balqis Bt.Mohd.Zulfikar,dilahirkan pada hari Khamis,1 April 2004, 10 Safar 1425, pukul 3.13 petang di Pusat Pakar Utama Kluang,Johor. Kelahiran yang membawa sangat istimewa yang rasanya bukan semua orang boleh merasainya.
          Kehadirannya mula disedari setelah lapan bulan di dalam kandungan.Pelik bukan?Memang pada asalnya aku memang tak menjangkakannya.Kehidupan seperti biasa.Penuh dengan kesibukan bagi menutup ruang-ruang kesepian,tanpa disedari rupanya ada nyawa yang sedang membesar di dalam tubuhku.Ke sekolah,seperti biasa sudah menjadi semacam rumah kedua bagiku.Berbagai aktiviti dilalui,dari kelas pagi yang selalu memberi cabaran,pertandingan bola jaring yang terpaksa aku menjadi pengadilnya sambil duduk kerana kepenatan luarbiasa, perkhemahan unit beruniform 3hari 2 malam dengan sesi burung hantunya~ aku antara yang menjadi hantunya hinggalah ke sambutan ketibaan rombongan Kembara Mahkota Johor ke Felda Nitar,Mersing,semuanya dilakukan dengan penuh bersemangat. Akhirnya,terasa badan macam nak demam. Maka,pergilah ke klinik yang memang selalu dikunjungi bila badan rasa tidak selesa. Pemeriksaan pertama,doktor tidak menjangkakan apa-apa,Cuma katanya aku perlu mendapatkan rawatan sekali lagi dalam tempoh dua atau tiga minggu.Maka,pada tarikh yang ditetapkan,aku ke sana lagilah untuk pemeriksaan lanjut,dan doktor kata,’kita scan dulu…” ~ Scan???kenapa pulak??Hati berdebar…Semasa Scanning,doktor memanggil  Zul. “Tengok niii…” katanya sambil tersenyum.”Apa tu?” Tanya kami serentak bila melihat sesuatu yang bergerak-gerak pada skrin monitor.”Jantung…”kata doktor lagi.”Jantung siapa?”Tanya kami lagi.”Jantung orang dalam….”katanya lagi sambil tersenyum lebar dan mengalihkan lagi scanner tu ke tempat lain.Maka dengan jelas sekali kelihatan lima jari-jemari kecil membuatkan kami benar-benar terperanjat.”Tahniah” kata doktor “Ada orang baru nak datang”.Kami terhenti kata-kata.Nak kata gembira, macam tak percaya,nak kata tak suka……eehhhhh mana boleh….inilah yang ditunggu-tunggu selama ini walaupun selama ini saya sudah seakan berhenti berharap.Biarkan saja….kerana Allah lebih mengetahui bila dia nak memberinya.









              Naaaahhhhh!!!!!!Sekarang diberinya tanpa di duga.Tanpa siapa pun mengetahuinya. Orang semua bertanya,”Kau tak rasa ke??”
Aku jawab,”Ada jugak…” tapi disebabkan tidak mahu terlalu berharap,maka aku biarkan saja perasaan itu berlalu pergi.Terasa nak makan aiskrim,tapi tak dilayan.Sedihnya Allah saja yang tahu,tapiku simpan rajuk itu dalam hati,sebab ,hati ini telah terbiasa dengan harapan yang selalu tidak dipenuhi oleh orang lain.Jadi pujuk hati dengan berdiam diri saja.Dari Felda Nitar ke Bandar Mersing,jaraknya 25km.Jadi bayangkan kalau nak beli aiskrim WALLS ,kena memandu sejauh itu.Jadi bayangkan pula bila pulang semula ke Nitar tanpa Aiskrim itu….Bila dah beritahu sekali,orang tak beli, takkan nak paksa kan??Jadi simpan sajalah rajuk itu……tapi nak salahkan dia pun tak boleh sebab waktu itu semua orang tak tahu apa sebenarnya yang berlaku.Tapi moral of the story,takkan nak tunggu mengandung je baru permintaan nak ditunaikan…..betul tak???Tapi tak pelah…what is past is past….
          Dalam masa sebulan,masa dipenuhi dengan lawatan ke Pusat Pakar UTAMA Kluang,sebab kat a doktor kami,”Tak payahlah pergi ke hospital kerajaan,nanti awak kena marah je…”Betul jangkaannya,bila terpaksa membuat rawatan disana untuk mendapatkan cuti bersalin,maka dihujahnya panjang berjela dan akhirnya bila doktor hospital itu berhenti bercakap,saya katakan padanya,”Doktor tengok tak tarikh saya berkahwin dengan sekarang?Lapan tahun tau!!!!Siapa yang tak nak tapi ni semua kerja ALLAH.Kalau saya tahu,dari hari pertama lagi saya dah tengok muka doktor.”Maka terdiamlah dia.Kegemparan berita ini ternyata menggembirakan semua orang termasuk keluarga di Melaka.Pada mereka kejutan kami zahirkan dengan hanya menunjukkan gambar scan membuatkan mereka mengucap syukur tak terhingga dengan kehadiran yang tak disangka ini.


          Maka pada tarikh yang ditetapkan,aku ke Pusat Pakar UTAMA untuk ‘acara’ seterusnya….Ramai rakan-rakan kata,alang-alang pilih cara ‘caesarian ‘ ambil le tarikh 04.04.04,tapi kami kata,tak boleh sebab kandungan ini tiada kiraan tetap.Hanya agak-agak sahaja berdasarkan berat,saiz dan keadaan dan tarikh yang ditetapkan ialah 01.04.04.Hati berdebar  sebab tak tahu bagaimana keadaannya.Di dewan pembedahan, semuanya sudah tersedia…. Maka operasi pun dijalankan. Pakar bius disebelahku mengajak aku berbual,rupa-rupanya tanpa disedari segalanya telah selesai dan doktor telah mengeluarkan seorang insan yang memang ditunggu-tunggu oleh semua.Rambutnya sangat lebat,kulitnya cerah dan amat comel sekali dan tanpa disedari airmataku mengalir kesyukuran kerana semuanya selamat.
Balqis~ nama itu saja yang muncul dimulutku tatkala semua bertanya walaupun senarai nama yang ada dihatiku adalah nama-nama orang yang dekat dihatiku andai yang lahir itu lelaki ataupun perempuan. Namun apa saja yang dikurniakan oleh ALLAH  kami redha.Kami terima anugerah yang sangat istimewa ini dengan penuh kesyukuran dan perasaan yang amat kerdil disisi ALLAH yang terlalu banyak memberi dan terlalu sedikit kita membalasnya.Balqis membesar dengan penuh kasih sayang dari semua orang.Kegembiraan berganda buat abah dan umi kerana mereka dikurniakan cucu perempuan yang pertama.Kenduri cukur jambulnya saja,satu masjid yang datang.Khemahnya mengalahkan kenduri kahwin.Tetamu yang hadir,Masyaallah ,dari seluruh pelusuk negeri.Bertuah sungguh anugerah ini. Disayangi oleh semua orang, dan didoakan kebahgiaannya oleh semua orang.


          Balqis Mohd Zulfikar ~ belahan jiwa umi.Kamulah penawar segala kedukaan.Kamulah kegembiraan ,kekuatan dan semangat umi.Kamulah peneman umi dikala kesunyian,cahaya yang menyinari kegelapan dan segala-galanya bagi umi. Biar tiada apa lagi yang ada pada umi,asalkan kamu ada.Segala apa yang umi lalui selama ini,terubat dengan kehadiran kamu.










Sempena dengan ulangtahun kelahiranmu yang ketujuh ini,umi harap,kamu akan menjadi manusia yang berguna kepada agama,bangsa dan negara. Jadilah seorang anak yang solehah,insan yang menjadi kebanggaan semua kerana kehadiranmu sangat menggembirakan umi dan babah malah rasanya sesiapa saja yang sentiasa menunggu kelahiranmu dulu.Walaupun doktor mencatatkan didalam laporannya ‘unexpected pregnancy’ tapi jauh disudut hati umi,kamulah my ‘precious beautiful pricess’.
          Pada ALLAH aku bersyukur dengan kurniaan ini. Inilah hadiah yang paling bernilai yang pernah aku terima dariMu.Sesungguhnya inilah ANUGERAH YANG TIDAK TERNILAI  buat diriku…………….
                                                balqisdz